Tuesday, December 8, 2009

Kisah Motivasi Seorang Remaja Menjadi Jutawan Internet Dalam Masa 3 Tahun


Hari ini saya nak kongsi satu kisah hidup bagaimana seorang budak "mentah" bernama Ashley Qualls yang merupakan seorang remaja perempuan yang berusia 18
tahun berasal dari Detroit,USA. Pada tahun 2004 iaitu ketika
beliau berumur 14 tahun beliau telah meminta $8 dari ibunya
bertujuan untuk membeli 1 nama domain iaitu

http://www.facebook.com/l/11edb;whateverlife.com

Beliau mula menghasilkan beberapa design untuk layout/background
MySpace yang khusus untuk remaja seperti beliau. Layout tersebut
beliau berikan secara percuma sahaja. Ini bermakna beliau tidak
memperolehi apa-apa hasil dari design yang beliau reka itu.

Bermula dengan memberikan layout2 tersebut kepada rakan-rakan
beliau ianya berkembang dengan pantas. Setiap hari semakin ramai
remaja yang datang ke laman web beliau untuk mendapatkan layout-
layout hasil ciptaan beliau.

Hari demi hari, semakin ramai dan ramai pengunjung ke laman web
beliau. Laman web beliau semakin terkenal dikalangan remaja-remaja
pengguna MySpace seluruh dunia.

Masa pun berlalau. Tahun 2007 - Iaitu setelah lebih 3 tahun http://www.facebook.com/l/11edb;whateverlife.com beroperasi ianya telah mencatatkan bilangan pengunjung melebihi 7 JUTA ORANG SEBULAN!!! WOW!!! Dan yang paling menarik sekali ialah beliau telah berjaya menghasilkan pendapatan lebih dari USD$1,000,000 dari website tersebut.

Pendapatan bulanan beliau pula dianggarkan melebihi USD$70,000
sebulan. Dari mana datangnya pendapatan atau duit yang melimpah-
limpah tersebut?

Semua pendapatan beliau datang dari pengiklanan. Iaitu seperti
Adsense, Nabbr dan CPM (Casale Media & Value Click). Disebabkan
pengunjung yang melebihi 7 juta orang sehari maka dengan mudah
beliau mendapat duit dari klik-klik ke atas iklan-iklan yang
terpapar di laman web beliau.

Jika anda lihat di sini, beliau memberikan produk layout MySpace
beliau secara percuma kepada orang ramai tetapi pendapatan beliau
datang dari pengiklan-pengiklan yang meletakkan iklan mereka di
web beliau. Tidakkah ini satu strategi yang cukup hebat?

Beliau juga pernah menolak tawaran dari Brad Greenspan yang
merupakan co.founder MySpace untuk membeli website beliau pada
harga USD$1.5 Juta.

Itulah serba sedikit kajian mengenai Ashley Qualls yang berjaya
meletakkan nama beliau sebaris dengan business tycoon yang lain.
Apa yang boleh anda pelajari dari kisah di atas?

1. Lakukan sesuatu berdasarkan kepada minat anda
2. Jadi pakar atas apa yang anda lakukan
3. Kenali peluang yang ada berdasarkan minat anda dan tukarkannya
kepada sumber keuntungan
4. Dapatkan khidmat nasihat dari yang pakar
5. Jadi diri anda sendiri FIKIR-FIKIR

No comments:

Post a Comment